PAGES

banner

MILO AIS

Milo Ais Tabur
Salam Sabtu semua, panaskan cuaca..Asal jam 1 lebih je si mat gebu post entri minum2..erkk hehe, alahh releks lah mat bukan apa cuma nak share idea, tapi mat faham idea mat pun bukan lah bagus sangat, setakat yang mudah2 tu ok lah. Biasa, kita ni orang kampung, dok kat ulu, dah lah tu, jenis katak bawah tempurung, takpe...sedar diri...jadi kalau mat letak resipi yang agak kuno, kira boleh dimaafkan lah. Milo ais tabur ni dah selalu jugak orang buat, tapi kalau masa bulan puasa ni, hmmm, apa2 minuman pun nampak mengiurkan. Buat dia mudah, dan mat guna susu rendah lemak dan campur sedikit susu pekat manis dan milo. Susu pekat manis tu cuma nak kasi rasa manis sikit saja. Mat sebenarnya suka rasa milo yang kurang manis tapi pekat, lepas tu sejuk dan nyaman...dan berkrim...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan susu rendah lemak
3 camca besar milo
2 camca besar milo (untuk ditabur)
2 camca besar susu pekat manis
1 1/2 cawan air panas
Ais kiub secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh 3 camca besar dengan 1 1/2 cawan air panas, kacau rata dan tambah susu pekat manis. Kacau hingga sebati. Tambah susu rendah lemak dan kacau rata. Kalau nak bagi kembang, masukkan dalam blender dan kisar sekejap.
  2. Tuang dalam gelas sesuai, letak ais kiub secukupnya. Biar sekejap kasi air milo jadi sejuk. Nak minum baru taburkan milo atas dia....Hidangkan....serius pengsannnn 


No comments:

Post a Comment