Tomyam Campur |
Bahan-Bahan:
4 ekor sotong
Udang
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 inci halia
1-2 batang serai
3 helai daun limau purut
Tomato
1 labu bawang besar
1/2 batang lobak merah
Air & garam secukupnya
Cara Menyediakannya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dipotong nipis.
2. Masukkan garam dan air secukupnya.
3. Masukkan lobak merah yang dipotong panjang.
4. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.
5. Kacau rata. Masukkan kiub tomyam,udang,sotong dan daun limau purut. Gaul.
6. Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar. Biarkan hingga masak.
No comments:
Post a Comment